Pada 1 Januari 2012 hari tu, ( skemanya ayat) , saya telah menghadiri mess nite suami saya...Saya dalam hati dah feeling segan gila..sebab dulu masa makan malam bulan puasa saya pergi, waktu tu badan masih ok...hahaha...Tetiba je sekarang saya dah sebesar dugong bunting!
Haih...saya kan ibu mengandung! Kenapa nak sedih! Gemuk tu kan normal..tanda sihat! Jadi tak perlu risau...( tulih ja wey, actually nak sentap sorang-sorang sebab gemok)
Jadi, 3 minggu sebelum itu, Saya pon membeli kain dan menghantar la ke makcik tailor baju tapi...susu yang saya berikan tuba yang dibalasnya...kerana, pada hari yang dijanjikan nak siap...dia cakap, tak buat satu apa pon lagi....
*ok, ni salah satu sebab saya malasssssssssssss nak hantar tailor melayu! tapi sebab kat kulim ni saya tak kenal sgt tailor, saya hantar jugak!
Jadi, sebab tiada baju yang dapat memuatkan saiz xxl saya ni, kawan saya Azrena telah berbesar hati meminjamkan baju dia..Ya Tuhan....saya sgt hilang keyakinan diri..Tapi time tu tak sempat dah nak beli apa-apa..maka tagline saya malam itu :-
" PASRAH, REDHO, TABAH"
Jadi, marilah kita layan gambar-gambar saya...Saya malu nak tangkap gambar banyak-banyak sebab :-
1. gemok, ini merupakan sebab utama low self esteem uols!
2. saya orang baru, tak kan nak buat jora uols, nak snap sana sini, nampak gedik sangat tak padan dengan mengandung + kena la jaga status..lani bini orang, bukan anak dara yang budget retisss macam dulu uols...hahaha
3. bila gemuk saya sentap , dan bila sentap saya gemok! semua sebab gemok...tadak lain sebab!
*wey, niat nak tulis secara skema, tapi nyata terbabas uols*
Uolsssssssssssssssssssssss!
Hakak gemok! marilah semua orang menadah tangan bersama-sama dengan hakak ni...memohon supaya hakak berjaya menguruskan badan bulan April nanti...kalau tak...macam mana nak buat comeback untuk album terbaru ni!!!!
Jadi jom la layan gambar ye :)
Apakah makan malam rejimental?
Entah la, dia macam makan malam istiadat bagi pegawai tentera..Lebih kurang macam fine dining la ye..dan makan semua pon ikut protokol..Dan rasanya, para pegawai semua kena bawa pasangan masing-masing, yang single..bawa la girlfriend kots... :) yang dah ada bini bunting, silalah tanyangkan bini bunting anda!
Jadi, hakak kan macam semulajadi ramah, walaupun gemok, akak tetap bertegur sapa di antara bini/gf pegawai itu...takpa uols...mereka memandang hakak sebelah mata..tunggulah hakak buat comeback di majlis mess nite akan datangggggg! hahahaha!
*hahaha, tadak la, depa semua ok...deorang cerita macam-macam, dan ramai yang mengandung jugak time tu :) ada sorang tu cakap, time pregnant dia naik 40kg! Jadi dia minta saya bersabar dan pantang betul-betul nanti :)
Jadi bermula dari tengah hari saya check in di Cinta Sayang Resort , SP..Bilik macam ni..ok la kot kan..motiffff katil asing-asing???? Takpa! nanti kita rapatkan saf... :P


Suami saya sibuk sebab ke sana ke mari buat preparation untuk malam nanti , plus dia ditugaskan jadi stage manager malam tu...Jadi, saya pon layan la tv...sambil sembang-sembang dengan baby dalam perots! :)

Baju kami berdua!

Antara bini-bini yang hadir...main tangkap je uols...padahal saya dok menyembang dengan group lain area belakang :)

Lebih kurang macam ni la gayanya..actually, takde orang pon dok snap sana sini..dan laki hakak pon tatau actually hakak nak update benda ni dalam blogggggggggggggg....hahahahaha..tapi hakak gigih snap jugak...dengan satu misi, satu tujuan, esok ni boleh cerita kat anak cucu...Mudah kan???hahaha!

Ok, ni lupa la apa nama yang dipanggil, tapi ni tentera yang ditugaskan untuk hiburan para pegawai la waktu pembukaan, waktu makan, dan sebagainya, deorang ni akan mendendangkan pelbagai lagu la secara live...

Ni la rupanya makan malam tu...makanan akan dihidangkan oleh pramusaji...dan seterusnya, bila lagu dimainkan, kita makan dalam waktu tu je, bila lagu dah berhenti, kita kena berhenti makan...

Di ada macam-macam sesi, appetizer la, main course la, dessert la..jadi, time lagu akan dimainkan ikut sesi...bila lagu berhenti, pramusaji akan ambil makanan, dan seterusnya bawa makanan lain, dan lagu pon lain...begitulahhhhh :)

Abang askar dok main segala alatan muzik sambil kita orang ni makan...Hakak banyak gelak la time makan sebab suami hakak kerja dok buat lawak dengan kawan-kawan dia...Sampai la, masa nak balik tu, sorang askar yang bertugas kat luar tu sapa hakak cakap:
"Puan, anak puan nanti mesti ceria saja kan...saya tengok puan asyik gelakkk je ngan tuan "
hahahaha! Eh, dia tatau, actually, bukan laki hakak ja pak lawak, hakak pon sama!!!
Ok, last but not least...........Gambar hakak gemok! Ok, tepuk tangan, bergembiralah sekalian burung-buring di langit tengok hakak gemoks! :p Ok, bye uolssss! hahahaha!